17June2014
Haih la my dear blog..sorry sebab tuan awak ni tinggalkan awak terlalu lame..kesian die bersawang spider.. Dlu masalah tenet la..ape la...tenet da ok..mase pulak asyik cemburukn kite...skrg bru stabil kot.. Boleh la dating ngn awak pulak! Rindunye kt awak..hee..^_~ Punyela lame x update kat awak...tuan awak ni da berjaye grad da 20october2013 aritu...hihihi ^_~ best btul da konvo...byk prezy lak tu...xckup tgn nak angkut...thanx pd yg memberi n yg tolong angkut tu....so much things happened...best things...sad things...xpe la..biar tuan awak simpan dlm memori ingatan je.... peace! ^_^v
Ok........hmmm......sebenarnye xde ape sgt pn..cume tuan awak ni nk share 1 cite ni kt awak..cite tntg Dia.. Shall i begin?? :) here...
DIA…..
Ok........hmmm......sebenarnye xde ape sgt pn..cume tuan awak ni nk share 1 cite ni kt awak..cite tntg Dia.. Shall i begin?? :) here...
DIA…..
Dia
yang telah meletakkan dirinya bersama sahabat paling akrabnya di dalam sebuah
mimpi yang dicipta bersama. Segalanya terasa sangat indah. Namun, di saat dia
dan sahabatnya semakin hampir dalam menyempurnakan mimpi dan impian mereka,
sahabatnya mula berpaling. Malah sahabatnya juga menegaskan agar dia turut sama
melupakan semua mimpi lama yang mereka cipta bersama. Di saat lahirnya
kata-kata itu, hati dia hancur dan luluh.
Dalam sekelip mata sahabatnya telah meragut kepercayaan dan harapan yang
diberi dan melukakan hati dia. Dia mula merasakan semuanya hanya sia-sia.
Terasa mimpi-mimpi tersebut gelap gelita secara tiba-tiba. Sepertinya,impian
yang diimpikan mati di saat itu juga. Namun dalam diam, dia bukan sahaja
menyalahkan sahabatnya yang memberi harapan tetapi juga menyalahkan dirinya
kerana percaya dan mengharapkan mimpi itu menjadi nyata. Walau bagaimana pun,
semuanya telah berlaku dan masa tidak boleh diulang kembali. Sahabat yang
dipercayainya sendiri telah membuatkan hati kecilnya mati. Sedih, kecewa,
marah…semua menjadi satu. Kerana terlalu sedih, dia mula membuat hal sendiri
demi memujuk dan mengubati hati sendiri. Saat dia leka di dalam dunianya
sendiri setelah kecewa dengan sahabatnya itu, sahabatnya hadir menghulurkan
tangan dan memberi impian yang baru. Dalam ragu-ragu dia tetap menyambutnya.
Hanya sekelumit rasa percaya diperlukan untuk membina kekuatan dalam menyambut
huluran sahabatnya itu. Tentang impian baru tersebut, hatinya berasa kosong.
Sebagaimana kosongnya hati dia dalam meneruskan perjalanan membina impian tersebut,
begitu juga tahap yang perlu sahabatnya mula untuk meraih kembali minat dia
untuk bersama membina impian baru itu. Kerana di saat ini, hati dia hanya
menganggap sahabatnya itu hanyalah sahabat baru di tempat yang baru. Walaupun
dia menganggap sahabat itu sahabat baru. Bagi dia, penting untuk membantu
kerana sahabat itu perlukan sokongan. Kerana persahabatan itu, dia tetap akan
cuba untuk melaluinya bersama sahabat tersebut walau hatinya masih terluka dan meragui
hala tuju impian baru itu. Dia hanya mengharapkan hatinya mendapat kekuatan
semula demi mengharungi hari-hari yang mendatang. Adakah impian baru ini akan
musnah seperti musnahnya impian dan mimpi dia di hari lalu? Atau impian baru
ini akan memberi kejayaan kepada mereka? Semuanya dipandang kabur kerana hati
dan perasaanya hanya kosong. Yang tinggal hanyalah sekelumit cebisan harapan
yang dikumpul kembali agar dia menjadi lebih kuat.
~THE END~
~THE END~
So..blog? xpe kn tuan awak nk tumpang cite ni kt sini? :) mm...may the happiness be theirs till the end of their journey.. ~mkaybye~
No comments:
Post a Comment